Pertandingan Poster Sambutan Hari Raya
12 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPada Isnin, 11 Jun 2018 telah di adakan satu Pertandingan Poster Sambutan Hari Raya yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 3-jam bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 05.00 petang. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk melihat tahap kefahaman ahli Pusat Ekonomi Digital berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Canva ini bagi menghasilkan poster hari raya secara mudah dan percuma.
Di laman Canva, mereka boleh melihat templet-templet yang telah disediakan di laman Canva antaranya templet logo, poster, infografik, photo collage, kad perniagaan, kad ucapan dan juga resume. Pada pertandingan ini mereka di berikan penerangan dahulu berkaitan cara untuk menghasilkan poster hari raya dengan menggunakan Canva.
Mereka boleh memilih layout yang telah disediakan dengan menambah element, teks, menukar latar belakang dan juga boleh meletakan gambar yang boleh dimuat naik di bahagian yang telah disediakan. Selain itu, mereka juga boleh menukar jenis font dan warna font di bahagian yang telah disediakan. Di akhir pertandingan ini, mereka telah berjaya menghasilkan poster mereka dengan mengikut pada kreativiti masing-masing. Semua peserta mendapat hadian dan sagu hati yang telah disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: